Tuesday 22 October 2013

Hukum Bergambar Dengan Bukan Muhrim Yang Berlainan Jantina

Kebiasaannya ini berlaku semasa majlis-majlis perpisahan,perayaan dan sebagainye. Kite terlampau gembira dengan sambutan tersebut sehingga tidak terfikir akan hukumnye..


Sebenarnye, hukum bergambar ini tidak lah HARAM sekiranya kite tidak melakukan apa-apa sepanjang sesi pengambaran itu..

Jika sekadar bergambar berdua lelaki dan perempuan tidaklah menjadi salah melainkan....
         Gambar-gambar yang diambil itu mempunyai unsur-unsur salah faham, maksiat dan pelbagai lagi perkara yang mendorong kemungkaran Allah.

Jika mahu bergambar, pilihlah tempat-tempat yang bebas dari fitnah dan terbuka (umum & awam)

Janganlah kite laki & perempuan bukan muhrim bergambar atas katil, dalam tandas & banyak lagi tempat-tempat yang boleh membuatkan orang berburuk sangka terhadap kite..
Biarlah bergambar tepi tong sampah, lori balak, kedai sparepart malah depan gate sekolah pon asalkan bebas dari unsur fitnah manusia..
Satu lagi, pastikan semasa bergambar tidak ada salah seorang daripada kite (lelaki atau perempuan atau keduanye sekali) yang mendedahkan aurat masing-masing kerana ini juga memberikan tanggapan buruk daripada orang lain terhadap diri kite ..

Bawak-bawak lah beramal wahai pembaca sekalian ^_^


seKIan, tErIMa KasiH

PERBEZAAN ANTARA "BERCINTA & COUPLE"

Pada zaman ni, budaya bercinta-cinta tu dah merebak sampai ke budak sekolah rendah. Kecik-kecik dah ade perasaan ingin mencintai & dicintai seseorang. Tapi orang-orang zaman ni takde lah sebut "bercinta", diorang dah biase sebut "couple".
E.g: 1) Adam couple dengan Siti
       2) Aku couple dengan Noor

          Kalau nak tau, dalam Islam hukum couple ni adelah HARAM. Orang-orang zaman sekarang bukanlah nak kate pandai mane pon ~ ~
Ni lah Admin jelaskan maksud kedua-dua perkataan itu:


COUPLE:
Couple tu maksodnye berdua-duaan. Kalau dah nampak orang berdua-duaan, lelaki dan perempuan.. apekah perkara yang biase mereka buat? *paham-paham je lah*
Couple tu tak semestinye bercinta. Boleh jadi jika sepasang lelaki dan perempuan itu hanya rakan sebaya/sekerja. Satu hari mereka meluangkan masa berdua-duaan seperti menonton wayang, pergi kelab malam dan lain-lain. Itu mendorong kepada maksiat! Secara tidak langsung perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam..


BERCINTA:
Bercinta ni pulak tidak diharamkan dalam Islam. Malah hukumnye HARUS (bagi yang sudah tiba masanya). Bercinta ni tak semestinye kene ber'couple'. Tak wajib pon untuk sepasang pasangan bercinta itu berdua-duaan.. Malah haram berbuat sedemikian.


Kesimpulannya, BERCINTA & COUPLE adelah sangat berbeza. Bukan sepasang pasangan kekasih itu HARAM bertemu.. Tidak! Mereka boleh bersemuka dan berdua-duaan tetapi dengan syarat-syarat tertentu iaitu di tempat-tempat yang terbuka (di tempat awam yang ramai orang), membawa bersama orang ketiga (agar tidak mudah termakan hasutan syaitan dan menghindarkan diri daripada maksiat),tidak melakukan apa jua bentuk zina (tangan,mata & kata-kata) serta menjaga batasan masing-masing..

*****Sentiasalah ingat bahawa selagi kite belum berkahwin dengan seseorang itu, seluruh tubuh badannye adelah HARAM disentuh (bagi yang bukan muhrim)*****