Tuesday 22 October 2013

Hukum Bergambar Dengan Bukan Muhrim Yang Berlainan Jantina

Kebiasaannya ini berlaku semasa majlis-majlis perpisahan,perayaan dan sebagainye. Kite terlampau gembira dengan sambutan tersebut sehingga tidak terfikir akan hukumnye..


Sebenarnye, hukum bergambar ini tidak lah HARAM sekiranya kite tidak melakukan apa-apa sepanjang sesi pengambaran itu..

Jika sekadar bergambar berdua lelaki dan perempuan tidaklah menjadi salah melainkan....
         Gambar-gambar yang diambil itu mempunyai unsur-unsur salah faham, maksiat dan pelbagai lagi perkara yang mendorong kemungkaran Allah.

Jika mahu bergambar, pilihlah tempat-tempat yang bebas dari fitnah dan terbuka (umum & awam)

Janganlah kite laki & perempuan bukan muhrim bergambar atas katil, dalam tandas & banyak lagi tempat-tempat yang boleh membuatkan orang berburuk sangka terhadap kite..
Biarlah bergambar tepi tong sampah, lori balak, kedai sparepart malah depan gate sekolah pon asalkan bebas dari unsur fitnah manusia..
Satu lagi, pastikan semasa bergambar tidak ada salah seorang daripada kite (lelaki atau perempuan atau keduanye sekali) yang mendedahkan aurat masing-masing kerana ini juga memberikan tanggapan buruk daripada orang lain terhadap diri kite ..

Bawak-bawak lah beramal wahai pembaca sekalian ^_^


seKIan, tErIMa KasiH

PERBEZAAN ANTARA "BERCINTA & COUPLE"

Pada zaman ni, budaya bercinta-cinta tu dah merebak sampai ke budak sekolah rendah. Kecik-kecik dah ade perasaan ingin mencintai & dicintai seseorang. Tapi orang-orang zaman ni takde lah sebut "bercinta", diorang dah biase sebut "couple".
E.g: 1) Adam couple dengan Siti
       2) Aku couple dengan Noor

          Kalau nak tau, dalam Islam hukum couple ni adelah HARAM. Orang-orang zaman sekarang bukanlah nak kate pandai mane pon ~ ~
Ni lah Admin jelaskan maksud kedua-dua perkataan itu:


COUPLE:
Couple tu maksodnye berdua-duaan. Kalau dah nampak orang berdua-duaan, lelaki dan perempuan.. apekah perkara yang biase mereka buat? *paham-paham je lah*
Couple tu tak semestinye bercinta. Boleh jadi jika sepasang lelaki dan perempuan itu hanya rakan sebaya/sekerja. Satu hari mereka meluangkan masa berdua-duaan seperti menonton wayang, pergi kelab malam dan lain-lain. Itu mendorong kepada maksiat! Secara tidak langsung perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam..


BERCINTA:
Bercinta ni pulak tidak diharamkan dalam Islam. Malah hukumnye HARUS (bagi yang sudah tiba masanya). Bercinta ni tak semestinye kene ber'couple'. Tak wajib pon untuk sepasang pasangan bercinta itu berdua-duaan.. Malah haram berbuat sedemikian.


Kesimpulannya, BERCINTA & COUPLE adelah sangat berbeza. Bukan sepasang pasangan kekasih itu HARAM bertemu.. Tidak! Mereka boleh bersemuka dan berdua-duaan tetapi dengan syarat-syarat tertentu iaitu di tempat-tempat yang terbuka (di tempat awam yang ramai orang), membawa bersama orang ketiga (agar tidak mudah termakan hasutan syaitan dan menghindarkan diri daripada maksiat),tidak melakukan apa jua bentuk zina (tangan,mata & kata-kata) serta menjaga batasan masing-masing..

*****Sentiasalah ingat bahawa selagi kite belum berkahwin dengan seseorang itu, seluruh tubuh badannye adelah HARAM disentuh (bagi yang bukan muhrim)*****

Sunday 13 October 2013

HUKUM MEMINUM COCA-COLA

HUKUM COCA-COLA MENURUT ISLAM

PERNAH MINUM COCA-COLA? TIPU LAH KALAU CAKAP TAK KAN? SEDANGKAN ADMIN SENDIRI PON PERNAH MINUM.. MACAM MANA RASE COCA-COLA TU?
1)MANIS
2)BERGAS

TAHU MANA ASALNYA AIR COCA-COLA INI? 
 Mesti ramai tak tahukan? Jawapannye ialah ... ISRAEL!!
Israel yg terlaknat! Dipasarkan sehingga satu dunia meminumnye! Jika kita perhatikan, perkataan COCA-COLA pada tin atau botol minumannye, kite dapat melihat tulisan seni yang amat lah cantik.. sungguh  kreatif si pencipta tulisan COCA-COLA itu. Namun jika kite melihat mengikut pantulan cermin, terserlah perkataan 'LA MUHAMMAD LA MAKKAH' (dalam tulisan Arab) di situ, tak percaya? cubalah sendiri.. ini sudah membuktikan betapa bencinya kaum Israel kepada seluruh umat Islam

Anda sudah tahu asal-usul COCA-COLA.. Ini masenye untuk anda mengetahui hukumnye.. Terkejutkah jika Admin mengatakan bahawa hukum meminumnya adalah HARAM? Ya! HARAM!
 tapi mengapa???

Air COCA-COLA ini memudaratkan kesihatan..  Islam tidak membenarkan umatnya melakukan perkara-perkara yang memberi kecelakaan, kebinasaan dan pembaziran.. termasuklah meminum air COCA-COLA yang memudaratkan.

Selepas para saintis membuat kajian, kandungan gas dalam air ini adalah yang paling banyak jika dibandingkan dengan air-air bergas yang lain.. Kebanyakan pekerja-pekerja restoran pada masa ini menggunakan air COCA-COLA untuk mencuci sisa-sisa najis yang melekat pada tandas.. Sesetengah orang pula menggunakannye untuk mencuci longkang. Apa? Mencuci longkang? Bukankah kebiasaannye kite menggunakan asid untuk mencuci longkang? Telah terbukti disitu betapa kuatnye gas yang terkandung di dalam air COCA-COLA sehingga mampu mengikis kotoran di tandas dan mencuci longkang.. Bayangkan apa yang air COCA-COLA itu boleh buat pada organ-organ di dalam badan kite.. Sedangkan organ-organ di dalam badan kite hanyalah seperti tisu. Cuba anda bayangkan~~~

Jika anda sedang meminum air tersebut sewaktu sedang membaca pesanan ini, sila muntahkannya kembali..
Jika anda pernah meminumnya sebelum ini, mengucaplah 'Astaghfirullah al'azim...' dulu kite jahil dan bodoh, sekarang kite dah tahu jadi berhentilah.. bukan susah untuk berhenti kerana COCA-COLA tidak terkandung sebarang dadah yang membuatkan anda ketagih dengannya..

ALHAMDULILLAH.. Selesai sudah Admin berdakwah pada hari ini.. Pembaca sekalian sebarkanlah pesanan ini kepada orang-orang yang tersayang agar mereka tidak terjerumus dalam kebinasaan~~

sEkIaN, TerIMa kAsIH.. ^_^




Saturday 12 October 2013

DEFINISI SAHABAT MENURUT ISLAM

SAHABAT SEJATI
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA