Tuesday 22 October 2013

PERBEZAAN ANTARA "BERCINTA & COUPLE"

Pada zaman ni, budaya bercinta-cinta tu dah merebak sampai ke budak sekolah rendah. Kecik-kecik dah ade perasaan ingin mencintai & dicintai seseorang. Tapi orang-orang zaman ni takde lah sebut "bercinta", diorang dah biase sebut "couple".
E.g: 1) Adam couple dengan Siti
       2) Aku couple dengan Noor

          Kalau nak tau, dalam Islam hukum couple ni adelah HARAM. Orang-orang zaman sekarang bukanlah nak kate pandai mane pon ~ ~
Ni lah Admin jelaskan maksud kedua-dua perkataan itu:


COUPLE:
Couple tu maksodnye berdua-duaan. Kalau dah nampak orang berdua-duaan, lelaki dan perempuan.. apekah perkara yang biase mereka buat? *paham-paham je lah*
Couple tu tak semestinye bercinta. Boleh jadi jika sepasang lelaki dan perempuan itu hanya rakan sebaya/sekerja. Satu hari mereka meluangkan masa berdua-duaan seperti menonton wayang, pergi kelab malam dan lain-lain. Itu mendorong kepada maksiat! Secara tidak langsung perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam..


BERCINTA:
Bercinta ni pulak tidak diharamkan dalam Islam. Malah hukumnye HARUS (bagi yang sudah tiba masanya). Bercinta ni tak semestinye kene ber'couple'. Tak wajib pon untuk sepasang pasangan bercinta itu berdua-duaan.. Malah haram berbuat sedemikian.


Kesimpulannya, BERCINTA & COUPLE adelah sangat berbeza. Bukan sepasang pasangan kekasih itu HARAM bertemu.. Tidak! Mereka boleh bersemuka dan berdua-duaan tetapi dengan syarat-syarat tertentu iaitu di tempat-tempat yang terbuka (di tempat awam yang ramai orang), membawa bersama orang ketiga (agar tidak mudah termakan hasutan syaitan dan menghindarkan diri daripada maksiat),tidak melakukan apa jua bentuk zina (tangan,mata & kata-kata) serta menjaga batasan masing-masing..

*****Sentiasalah ingat bahawa selagi kite belum berkahwin dengan seseorang itu, seluruh tubuh badannye adelah HARAM disentuh (bagi yang bukan muhrim)*****

No comments:

Post a Comment